Sistem beraja
di Malaysia sekarang seolah dicabar oleh segelintir pihak yang tidak memahami
konsep kepentingan sistem raja di Malaysia. Mereka tidak menghormati sistem
raja tanpa mengetahui keputusan rasmi negara seolah sistem raja ini tidak
wujud. Apakah faktor pekara ini berterusan dan apakah kesannya.
Pada masa ini masyarakat di
Malaysia mula mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja secara
terang-terangan. Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pihak termasuk
segelintir orang Melayu yang mula mempersoalkan tentang kuasa dan peranan
Raja-raja. Malah ada juga pihak yang lancang menyarankan bahawa Intitusi Raja
adalah tidak relevan dan kewujudannya perlu disemak semua. Kesan dan akibat
tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah
membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara
ini. Rakyat seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja bukan sahaja
melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya
peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan rakyat serta
mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru Institusi Raja
tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan
dan keamanan negara.
Ancaman daripada pihak yang
tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Institusi Raja di Malaysia. Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam
media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang
memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja.
Seharusnya isu ini tidak perlu dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih
bertanggungjawab dengan merenung kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran
ini mungkin wujud kerana masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan
bidang kuasa seorang raja atau sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah
negara yang mengamalkan sistem berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Generasi kini
khususnya mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara
mendalam mengenai sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang
dimainkan oleh Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara.
Berlakunya pertembungan di
antara nilai lama dengan nilai moden yang dibawa arus globalisasi sehingga
meletakkan masyarakat berada dalam keadaan dilema krisis nilai. Kewujudan
situasi ini juga menunjukkan bahawa krisis ini telah meresap ke dalam corak
pemikiran sehinggakan mereka seolah-olah hilang pertimbangan. Malah ada yang
menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang
progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa
tertinggal dalam budaya yang statik. Perkembangan globalisasi bukan sahaja
menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan
dengan penyebaran budaya. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya
baru yang mengintergrasikan ciri-ciri budaya luar yang bertentangan dengan
tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral serta merendahkan martabat keinsanan
manusia. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengaruh golobalisasi menuntut kita
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di pentas antarabangsa sekaligus
mempertahankan apa yang ada di peringkat setempat.
Kegiatan politik yang cuba
meruntuhkan Raja Berperlembagaan. Permainan politik oleh sesetengah golongan
untuk mendapat kuasa pemerintahan telah sanggup mempersoalkan apa sahaja isu
demi untuk mendapat pengaruh dan sokongan dalam berpolitik.Mereka sanggup
mengacau sistem yang ada termasuk Institusi Raja,demi untuk membuat
perubahaan,yang belum tentu akan menjamin keamanan,kestabilan dan keselamatan
negara.Kumpulan ini mudah mendapat sokongan orang ramai kerana kurang memahami
tentang sejarah dan warisan negara yang telah mewarnai Institusi Raja sebagai
tonggak pemerintahan negara.Institusi Raja bukanlah suatu institusi yang baru
ditubuhkan; ia telah berlangsung sejak kurun 1 masehi dirantau Alam Melayu
ini.Ia menjadi sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu
secara tetap walaupun kerajaankerajaan itu silih berganti membina tamadun
didaerah ini.Jika dilihat dalam Malaysia ia telah berkembang dengan jelas sejak
kurun 11 dan 15 tanpa putus-putus.Malah British dan Jepun sebagai kuasa luar
yang menguasai negara ini juga tidak pernah membuang Institusi Raja sebagai
ketua negeri,walaupun kuasanya diambil.Oleh itu cadangan untuk ahli-ahli
politik mengganggu Institusi Raja dan menyebarkan sebagai tidak relevan kepada
masyarakat adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak wajar dilakukan.Ini kerana
bukan sahaja institusi itu telah dimasukkan dalam perlembagaan negara,tetapi ia
juga merupakan warisan dan tradisi pentadbiran negara yang membezakan Malaysia
dengan negara-negara lain didunia.Usaha untuk menguasai tampuk pemerintahan
tidak wajar menarik sama Institusi Raja kedalam kancah politik.
Kesan dan akibat
tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah
membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara
ini.
Persoalan yang sering dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu ialah:
Pihak tertentu (sesetengah pemimpin) seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja
bukan sahaja melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah
negeri, sebaliknya peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan
rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru
Institusi Raja tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin
kesejahteraan dan keamanan negara. Rakyat jangan disalurkan dengan
maklumaat-makluamt yang salah hingga rakyat tidak tahu mana yang salah dan yang
mana maklumat yang betul.
Bagaimana
yang sepatutnya rakyat Malaysia memuliakan sultan atau raja? Adakah dengar akur
segala perintah? Atau akur yang benar dan sanggah yang salah? Bagaiman dengan
beberapa contoh di bawah yang telah menjadikan rakyat keliru dengan fungsi dan
peranan raja.
i.
Telah
termaktub di dalam perlembagaan, sultan dan raja tidak boleh disaman ini kerana
memiliki kekebalan raja-raja. Namun Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir
telah mencabut kekebalan raja-raja dan akibatnya, sultan dan raja-raja boleh
disaman oleh sesiapa sahaja. Siapakah yang bersalah dalam hal sebegini?
ii.
YB
Anuar Musa di Kelantan yang melantik sultan Kelantan yang baru. Perlukah cerita
ini diperbesarkan
iii.
Cerita
YB Dato Ghazali Jawi iaitu bekas Menteri Besar Perak yang juga bapa kepada
Dato’ Tajol Rosli. Beliau juga engkar dengan perintah Sultan Idris dan enggan
dari meletak jawatan sebagai Menteri Besar perak waktu itu?
iv.
Bagaimana
pula dengan penyokong Idris Jusoh yang mengangkat sepanduk yang menghina sultan
Terengganu dalam hal pelantikan menteri besar Trengganu yang baru?
v.
Sama
juga dengan keadaan Dato’ Seri Nizar yang enggan meletakkan jawatan dengan
alasan beliau masih Menteri Besar yang sah?
vi.
Kemelut isu pelantikan menteri
Besar Selangor?
vii.
Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam
media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang
memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja.
Seharusnya isu ini tidak perlu
dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab dengan merenung
kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran ini mungkin wujud kerana pemimpin
masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan bidang kuasa seorang raja atau
sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah negara yang mengamalkan sistem
berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Pemimpin generasi masa kini khususnya mereka
yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara mendalam mengenai
sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang dimainkan oleh
Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara (Salehuddin, 2009).