Thursday, 1 October 2015

Penyataan Masalah

Sistem beraja di Malaysia sekarang seolah dicabar oleh segelintir pihak yang tidak memahami konsep kepentingan sistem raja di Malaysia. Mereka tidak menghormati sistem raja tanpa mengetahui keputusan rasmi negara seolah sistem raja ini tidak wujud. Apakah faktor pekara ini berterusan dan apakah kesannya.
Pada masa ini masyarakat di Malaysia mula mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja secara terang-terangan. Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pihak termasuk segelintir orang Melayu yang mula mempersoalkan tentang kuasa dan peranan Raja-raja. Malah ada juga pihak yang lancang menyarankan bahawa Intitusi Raja adalah tidak relevan dan kewujudannya perlu disemak semua. Kesan dan akibat tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara ini. Rakyat seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja bukan sahaja melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru Institusi Raja tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara. 
Ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Institusi Raja di Malaysia.  Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja. Seharusnya isu ini tidak perlu dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab dengan merenung kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran ini mungkin wujud kerana masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan bidang kuasa seorang raja atau sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah negara yang mengamalkan sistem berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Generasi kini khususnya mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara mendalam mengenai sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang dimainkan oleh Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara. 
                                 
Berlakunya pertembungan di antara nilai lama dengan nilai moden yang dibawa arus globalisasi sehingga meletakkan masyarakat berada dalam keadaan dilema krisis nilai. Kewujudan situasi ini juga menunjukkan bahawa krisis ini telah meresap ke dalam corak pemikiran sehinggakan mereka seolah-olah hilang pertimbangan. Malah ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik. Perkembangan globalisasi bukan sahaja menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintergrasikan ciri-ciri budaya luar yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral serta merendahkan martabat keinsanan manusia. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengaruh golobalisasi menuntut kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di pentas antarabangsa sekaligus mempertahankan apa yang ada di peringkat setempat. 


Kegiatan politik yang cuba meruntuhkan Raja Berperlembagaan. Permainan politik oleh sesetengah golongan untuk mendapat kuasa pemerintahan telah sanggup mempersoalkan apa sahaja isu demi untuk mendapat pengaruh dan sokongan dalam berpolitik.Mereka sanggup mengacau sistem yang ada termasuk Institusi Raja,demi untuk membuat perubahaan,yang belum tentu akan menjamin keamanan,kestabilan dan keselamatan negara.Kumpulan ini mudah mendapat sokongan orang ramai kerana kurang memahami tentang sejarah dan warisan negara yang telah mewarnai Institusi Raja sebagai tonggak pemerintahan negara.Institusi Raja bukanlah suatu institusi yang baru ditubuhkan; ia telah berlangsung sejak kurun 1 masehi dirantau Alam Melayu ini.Ia menjadi sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu secara tetap walaupun kerajaankerajaan itu silih berganti membina tamadun didaerah ini.Jika dilihat dalam Malaysia ia telah berkembang dengan jelas sejak kurun 11 dan 15 tanpa putus-putus.Malah British dan Jepun sebagai kuasa luar yang menguasai negara ini juga tidak pernah membuang Institusi Raja sebagai ketua negeri,walaupun kuasanya diambil.Oleh itu cadangan untuk ahli-ahli politik mengganggu Institusi Raja dan menyebarkan sebagai tidak relevan kepada masyarakat adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak wajar dilakukan.Ini kerana bukan sahaja institusi itu telah dimasukkan dalam perlembagaan negara,tetapi ia juga merupakan warisan dan tradisi pentadbiran negara yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain didunia.Usaha untuk menguasai tampuk pemerintahan tidak wajar menarik sama Institusi Raja kedalam kancah politik.

Kesan dan akibat tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara ini. 
Persoalan yang sering dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu ialah:

Pihak tertentu (sesetengah pemimpin)  seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja bukan sahaja melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru Institusi Raja tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.  Rakyat jangan disalurkan dengan maklumaat-makluamt yang salah hingga rakyat tidak tahu mana yang salah dan yang mana maklumat yang betul.

Bagaimana yang sepatutnya rakyat Malaysia memuliakan sultan atau raja? Adakah dengar akur segala perintah? Atau akur yang benar dan sanggah yang salah? Bagaiman dengan beberapa contoh di bawah yang telah menjadikan rakyat keliru dengan fungsi dan peranan raja.

                                                               i.            Telah termaktub di dalam perlembagaan, sultan dan raja tidak boleh disaman ini kerana memiliki kekebalan raja-raja. Namun Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir telah mencabut kekebalan raja-raja dan akibatnya, sultan dan raja-raja boleh disaman oleh sesiapa sahaja. Siapakah yang bersalah dalam hal sebegini?


                               ii.            YB Anuar Musa di Kelantan yang melantik sultan Kelantan yang baru. Perlukah cerita ini diperbesarkan                  

                              iii.            Cerita YB Dato Ghazali Jawi iaitu bekas Menteri Besar Perak yang juga bapa kepada Dato’ Tajol Rosli. Beliau juga engkar dengan perintah Sultan Idris dan enggan dari meletak jawatan sebagai Menteri Besar perak waktu itu?

                            iv.            Bagaimana pula dengan penyokong Idris Jusoh yang mengangkat sepanduk yang menghina sultan Terengganu dalam hal pelantikan menteri besar Trengganu yang baru?
                                      
                               v.            Sama juga dengan keadaan Dato’ Seri Nizar yang enggan meletakkan jawatan dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah?

                             vi.            Kemelut isu pelantikan menteri Besar Selangor? 
               
                            vii.             Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja.

Seharusnya isu ini tidak perlu dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab dengan merenung kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran ini mungkin wujud kerana pemimpin masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan bidang kuasa seorang raja atau sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah negara yang mengamalkan sistem berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Pemimpin generasi masa kini khususnya mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara mendalam mengenai sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang dimainkan oleh Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara (Salehuddin, 2009).

1 comment:

  1. JTG Casino and Hotel | Jackson, Mississippi - JTM Hub
    JTG Casino and Hotel. This Mississippi casino and 세종특별자치 출장안마 hotel 경상북도 출장마사지 is located 아산 출장샵 in the heart 용인 출장마사지 of the Mississippi Delta. The casino's 16000 square foot gaming 동두천 출장샵 space is

    ReplyDelete