Thursday, 1 October 2015

Persoalah kajian.

  1Dapatkah sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia menjamin kemajuan dan kesejahteraan negara.

Di Malaysia Kerajaan Demokrasi bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.  Dalam pilihan raya,  rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.  Selaras dengan peredaran masa, beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.  Sistem demokrasi berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil.


Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara kita.  Perlembagaan adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan  dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya

    2Apakah peranan raja sebagai Ketua agama di Malaysia untuk memelihara Islam

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negaran telah memartabatkan Islam sebagai Agama Negara eperti yang termaktub dalam Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
“Islam adalah agama bagi Persekutuan;”
Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara.




Seluruh dasar dan agenda pembangunan Negara semestinya berteraskan kepada prinsip Agama Negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme (peemikiran ala barat) dan liberalisme (pemikiran berasaskan kepada kebebasan) kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Rakyat Negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas Negara, Islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan yang dipupuk dalam minda umat Melayu/Islam, Negara Malaysia telah berjaya membawa semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. Justeru, ketika rakyat Negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Negara.
Penghijrahan Minda yang mesti dilakukan oleh seluruh umat Islam adalah untuk menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad deen) bukan hanya menjadi kewajipan keagamaan semata-mata, malah ia juga Kewajipan Kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi Agenda Tertinggi Negara.
Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya setakat prinsip kepercayaan dan amal ibadah khususiyyah semata-mata, malah Islam yang menjadi tanggungjawab kenegaraan itu adalah Islam yang syumul.
“Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma (amalan-amalan) dan ritual-ritual (adat-adat) tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.”
Oleh itu, Islam bukan sekadar agama rasmi yang terhad kepada amalan berbentuk keagamaan dan ritual semata-mata tetapi turut terpakai dalam perkara-perkara melibatkan dasar dan undang-undang negara. Kuasa raja-raja Melayu bagi memelihara Islam sebagai agama Persekutuan adalah jelas apabila terdapat peruntukan dalam Perlembagaan yang memberikan mereka kuasa mutlak berkaitan hal- ehwal Islam. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di setiap negeri pula adalah sebuah badan yang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh raja-raja selaku ketua agama Islam bagi setiap negeri.


 .

No comments:

Post a Comment