Kepentingan
Perlembagaan
Kepentingan perlembagaan adalah menentukan rangka dan
bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara.
Perlembagaan juga membantu menjamin kecekapan,
kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran sesebuah kerajaan. Setiap
pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Perkara
24, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan
negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 menyatakan bahawa
seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia
kepada negara ini. Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh
ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa
Malaysia.
Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan
rakyat negara ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan
rakyat di negara ini.
Perlembagaan juga menjaga dan memelihara hak istimewa
dan kedudukan orang Melayu. Perkara 153 dalam perlembagaan memperuntukkan
bahawa Yang Dipertuan Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa
orang Melayu,bumiputera Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah
pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan
pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.Perlembagaan memastikan perkara 153
dilaksanakan dengan berhati-hati juga supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan
kaum-kaum yang lain.
Perlembagaan juga menjamin kerjasama,kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri.Ia menjadi
rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri untuk
membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang
perbalahan. Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa perlembagaan negeri
tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan
istimewa orang Melayu,bumiputera Sabah dan Sarawak. Jaminan ini telah
ditetapkan sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun
1963. Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan
dan kesihatan untuk membantu pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan
pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan, kesihatan,perkhidmatan
pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.
Kepentingan Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan
kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini.Yang di-pertuan Agong merupakan
ketua utama negara.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja
di negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan
rakyat di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan
rakyatyang dinaungi raja.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan
memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Yang di-pertuan
Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri banginda sendiri,Pulau
Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.
Yang di-pertuan Agong mempunyai kuasa budi
bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda juga boleh mengisytiharkan
undang-undang darurat di bawah “Undang-Undang X” jika mendapati keselamatan
negara terancam.
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang
iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.Ketiga-tiga badan
harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Peranan untuk mengimbangi “check and balance”. Ia juga dapat mengelakkan
penindasan terhadap rakyat dan lebih menjamin kebebasan rakyat.
Seterusnya dapat melindungi hak asasi rakyat serta
mewujudkan kecekapan pemerintahan. Corak pemerintahan menjadi lebih
bersistematik. Pengasingan kuasa juga dapat mengurangkan bebanan tugas badan
pemerintah di negara kita.
Di samping itu pembangunan negara menjadi lebih pantas
ke arah globalisasi. Konsep ini juga dapat menjamin keadilan dan keharmonian
negara. Perpaduan dalam kalangan rakyat bertambah kukuh dan dapat mengelakkan
perbalahan antara kaum.Ia juga dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam
kalangan badan pemerintah dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kedaulatan
negara.
Kepentingan kepada pelajar
Supaya mengetahui sistem Raja berpelembagaan bagi menanamkan semangat patriotik.
No comments:
Post a Comment