Thursday, 1 October 2015

Sinopsis



Sistem pemerintahan beraja dalam Tamadun Melayu di Malaysia telah menjangkaui tempoh 1400 tahun lamanya bermula dengan pengasasan institusi Kesultanan Melayu di Melaka dan pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan sistem Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas utama kepada kewujudan Malaysia pada hari ini dan memiliki keunikan tersendiri berbanding dengan sistem beraja di kebanyakan negara-negara lain di seluruh dunia. Keutuhan sistem monarki di Malaysia berpaksikan konsep Raja Beperlembagaan merupakan keunikan yang hanya  boleh ditemui di negara ini berbanding di negara-negara lain. Keunikan sistem beraja di Malaysia ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri sistem berkenaan dan  pembaharuan konsep pemerintahan beraja dari berkuasa mutlak kepada berperlembagaan. Antara ciri-ciri unik dan dipraktikkan dalam sistem monarki di Malaysia sehingga hari ini ialah menerusi penggiliran jawatan Yang Di-Pertuan Agong, negeri diketuai oleh seorang Sultan dan Raja Melayu serta pelantikan wakil raja (gabenor) di negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Pembaharuan konsep sisten beraja di Malaysia pada tahun 1993 merupakan satu lagi aspek pengukuhan terhadap institusi terulung tersebut sebagai lambang kecemerlangan model pentadbiran Melayu di negara ini. Pengekalan dan pembaharuan konsep Raja Berperlembagaan ini merupakan satu penerapan nilai-nilai moden dalam sistem pentadbiran di Malaysia khususnya untuk memastikannya terus kekal sebagai salah satu aset penting kegemilangan Tamadun Melayu dan perpaduan kaum di Malaysia. Meskipun terdapat negara-negara lain yang lebih lama mempraktikkan sistem beraja sebagai asas pemerintahan, namun kegagalan mereka menerapkan nilai moden dalam konsep pemerintahan beraja menjadi  punca keruntuhan tamadun masyarakat di negara berkenaan. Perbincangan ini mengetengahkan beberapa faktor yang menyokong keutuhan konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia manifestasi kecemerlangan Tamadun Melayu sehingga hari ini dalam menghadapi cabaran dan rintangan era moden dan setrusnya untuk pepadeuan kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment