Thursday, 1 October 2015

kesimpulanya

Peredaran zaman merupakan cabaran terbesar khususnya dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Institusi sistem beraja tidak terkecuali menerima tempias peredaran zaman yang memerlukan proses penyesuaian terbaik kepada sistem berkenaan khususnya di Malaysia. Sistem Raja berkuasa mutlak yang sebelumnya diamalkan di negara ini akhirnya dipinda kepada amalan Raja Berperlembagaan bagi memastikan kelangsungan sistem terulung dalam Tamadun Melayu ini. Pegangan masyarakat Melayu dahulu kala bahawa Raja mengetahui segalanya kini semakin dilupakan, maka institusi Raja Berperlembagaan pada hari ini turut sama berperanan meningkatkan prestij dan penghormatan rakyat melalui  penguasaan ilmu serta kehebatan dalam pemerintahan.
Institusi Raja adalah simbol kedaulatan negara dan rakyat Malaysia. Kemerdekaan negara yang mencecah 58 tahun menunjukkan negara telah  mencapai kemajuan yang  membanggakan  dan  mengalahkan negara-negara lain yang seusia merdeka dengan negara kita. Sama ada kita suka atau tidak,  kemajuan tersebut  dicapai  atas  peranan  yang dimainkan  Institusi Raja yang wujud dalam konteks  undang-undang, perlembagaan serta sistem pemerintahan dalam negara kita. Seharusnya Institusi Raja wajar dipertahankan kerana Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan iaitu payung mahkota negara.


2 comments: