Thursday, 1 October 2015

kesimpulanya

Peredaran zaman merupakan cabaran terbesar khususnya dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Institusi sistem beraja tidak terkecuali menerima tempias peredaran zaman yang memerlukan proses penyesuaian terbaik kepada sistem berkenaan khususnya di Malaysia. Sistem Raja berkuasa mutlak yang sebelumnya diamalkan di negara ini akhirnya dipinda kepada amalan Raja Berperlembagaan bagi memastikan kelangsungan sistem terulung dalam Tamadun Melayu ini. Pegangan masyarakat Melayu dahulu kala bahawa Raja mengetahui segalanya kini semakin dilupakan, maka institusi Raja Berperlembagaan pada hari ini turut sama berperanan meningkatkan prestij dan penghormatan rakyat melalui  penguasaan ilmu serta kehebatan dalam pemerintahan.
Institusi Raja adalah simbol kedaulatan negara dan rakyat Malaysia. Kemerdekaan negara yang mencecah 58 tahun menunjukkan negara telah  mencapai kemajuan yang  membanggakan  dan  mengalahkan negara-negara lain yang seusia merdeka dengan negara kita. Sama ada kita suka atau tidak,  kemajuan tersebut  dicapai  atas  peranan  yang dimainkan  Institusi Raja yang wujud dalam konteks  undang-undang, perlembagaan serta sistem pemerintahan dalam negara kita. Seharusnya Institusi Raja wajar dipertahankan kerana Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan iaitu payung mahkota negara.


Batasan kajian

Kajian ini hanya dilakukan untuk semua pelajar politeknik dan institusi pengajian tinggi demi untuk memahamkan kepada para pelajar mengenai sejarah sistem pemerintah beraja dan cabaran yang dihadapinya.

Metodologi kajian.

Sumber kajian diperolehi melalui dua sumber utama iaitu sumber daripada internet. Kajian ini menggunakan rujukan atas talian internet dan juga rujukan perpustakaan dan rujukan-rujukan lain yang boleh diguna pakai dan boleh diperayai.

Kepentingan kajian

Kepentingan Perlembagaan                 

Kepentingan perlembagaan adalah menentukan rangka dan bentuk kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara.
      
Perlembagaan juga membantu menjamin kecekapan, kejujuran, ketelusan serta kelicinan pentadbiran sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotisme dapat dibentuk.Perkara 24, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Perkara ini bertujuan supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat negara ini.Perlembagaan membolehkan rakyat mengetahui hak kebebasan rakyat di negara ini.




Perlembagaan juga menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu. Perkara 153 dalam perlembagaan memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu,bumiputera Sarawak dan Sabah.Hak istimewa ini termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.Perlembagaan memastikan perkara 153 dilaksanakan dengan berhati-hati juga supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum  yang lain.

Perlembagaan juga menjamin kerjasama,kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan negeri.Ia menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri untuk membolehkan sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini turut  menjelaskan bahawa perlembagaan negeri tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Perlembagaan Malaysia menjamin  kedudukan istimewa orang Melayu,bumiputera Sabah dan Sarawak. Jaminan ini telah ditetapkan sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku dalam bidang pendidikan, kesihatan,perkhidmatan pos,telekom dan polis terutamanya di kawasan pedalaman.


Kepentingan Raja Berperlembagaan
                                 
Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini.Yang di-pertuan Agong merupakan ketua utama negara.Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita. Raja Berperlembagaan merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyatyang dinaungi raja.

Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara   kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Yang di-pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri banginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.

 Yang di-pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri.Baginda juga boleh mengisytiharkan  undang-undang darurat di bawah “Undang-Undang X” jika mendapati keselamatan negara terancam.

Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Peranan untuk mengimbangi “check and balance”. Ia juga dapat mengelakkan penindasan terhadap rakyat dan lebih menjamin kebebasan rakyat.


Seterusnya dapat melindungi hak asasi rakyat serta mewujudkan kecekapan pemerintahan. Corak pemerintahan menjadi lebih bersistematik. Pengasingan kuasa juga dapat mengurangkan bebanan tugas badan pemerintah di negara kita.


Di samping itu pembangunan negara menjadi lebih pantas ke arah globalisasi. Konsep ini juga dapat menjamin keadilan dan keharmonian negara. Perpaduan dalam kalangan rakyat bertambah kukuh dan dapat mengelakkan perbalahan antara kaum.Ia juga dapat mengelakkan salah guna kuasa dalam kalangan badan pemerintah dan secara tidak langsung dapat mengekalkan kedaulatan negara.

Kepentingan kepada pelajar
Supaya mengetahui sistem Raja berpelembagaan bagi menanamkan semangat patriotik.

Objektif kajian

    a.       Institusi raja telah diterima sebagai symbol perpaduan dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Raja adalah payong negara. Semua rakyat akan dinaungi oleh raja di dalam sebuah negara yang berdaulat yang termakatub di dalam perlembagaan Malaysia. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia harus menyedari untuk mendaulatkan dan memelihara system beraja di Malaysia.

      b .       Institusi raja di Malaysia harus dihormati dan dipelihara oleh semua rakyat dinegara ini terutama oleh golongan muda yang berada di institusi pengajian tinggi seperti politeknik. Dengan cara ini, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman dan sentosa. Sistem beraja di Malaysia tidak akan dihina dan dicerca serta cuba dijatuhkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab kerana tidak memahami kepentingan sistem beraja


      c.       Semua orang muda di politeknik harus mengetahui dan memahami corak dan system pentadbiran serta system pemerintahan beraja di malaysi. Dengan cara ini, system beraja di Malaysia akan terus dihormati dan disanjungi.

Persoalah kajian.

  1Dapatkah sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia menjamin kemajuan dan kesejahteraan negara.

Di Malaysia Kerajaan Demokrasi bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat. Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.  Dalam pilihan raya,  rakyat berhak menyokong, mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.  Selaras dengan peredaran masa, beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.  Sistem demokrasi berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil.


Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara kita.  Perlembagaan adalah dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan  dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya

    2Apakah peranan raja sebagai Ketua agama di Malaysia untuk memelihara Islam

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negaran telah memartabatkan Islam sebagai Agama Negara eperti yang termaktub dalam Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
“Islam adalah agama bagi Persekutuan;”
Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara.




Seluruh dasar dan agenda pembangunan Negara semestinya berteraskan kepada prinsip Agama Negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme (peemikiran ala barat) dan liberalisme (pemikiran berasaskan kepada kebebasan) kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Rakyat Negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas Negara, Islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusiaan yang dipupuk dalam minda umat Melayu/Islam, Negara Malaysia telah berjaya membawa semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. Justeru, ketika rakyat Negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian agama Islam sebagai Agama Negara.
Penghijrahan Minda yang mesti dilakukan oleh seluruh umat Islam adalah untuk menyedari dan menginsafi bahawa kewajipan untuk memelihara agama (hifz ad deen) bukan hanya menjadi kewajipan keagamaan semata-mata, malah ia juga Kewajipan Kenegaraan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi Agenda Tertinggi Negara.
Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya setakat prinsip kepercayaan dan amal ibadah khususiyyah semata-mata, malah Islam yang menjadi tanggungjawab kenegaraan itu adalah Islam yang syumul.
“Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma (amalan-amalan) dan ritual-ritual (adat-adat) tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.”
Oleh itu, Islam bukan sekadar agama rasmi yang terhad kepada amalan berbentuk keagamaan dan ritual semata-mata tetapi turut terpakai dalam perkara-perkara melibatkan dasar dan undang-undang negara. Kuasa raja-raja Melayu bagi memelihara Islam sebagai agama Persekutuan adalah jelas apabila terdapat peruntukan dalam Perlembagaan yang memberikan mereka kuasa mutlak berkaitan hal- ehwal Islam. Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di setiap negeri pula adalah sebuah badan yang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh raja-raja selaku ketua agama Islam bagi setiap negeri.


 .

Penyataan Masalah

Sistem beraja di Malaysia sekarang seolah dicabar oleh segelintir pihak yang tidak memahami konsep kepentingan sistem raja di Malaysia. Mereka tidak menghormati sistem raja tanpa mengetahui keputusan rasmi negara seolah sistem raja ini tidak wujud. Apakah faktor pekara ini berterusan dan apakah kesannya.
Pada masa ini masyarakat di Malaysia mula mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja secara terang-terangan. Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai pihak termasuk segelintir orang Melayu yang mula mempersoalkan tentang kuasa dan peranan Raja-raja. Malah ada juga pihak yang lancang menyarankan bahawa Intitusi Raja adalah tidak relevan dan kewujudannya perlu disemak semua. Kesan dan akibat tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara ini. Rakyat seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja bukan sahaja melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru Institusi Raja tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara. 
Ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Institusi Raja di Malaysia.  Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja. Seharusnya isu ini tidak perlu dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab dengan merenung kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran ini mungkin wujud kerana masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan bidang kuasa seorang raja atau sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah negara yang mengamalkan sistem berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Generasi kini khususnya mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara mendalam mengenai sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang dimainkan oleh Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara. 
                                 
Berlakunya pertembungan di antara nilai lama dengan nilai moden yang dibawa arus globalisasi sehingga meletakkan masyarakat berada dalam keadaan dilema krisis nilai. Kewujudan situasi ini juga menunjukkan bahawa krisis ini telah meresap ke dalam corak pemikiran sehinggakan mereka seolah-olah hilang pertimbangan. Malah ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik. Perkembangan globalisasi bukan sahaja menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintergrasikan ciri-ciri budaya luar yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral serta merendahkan martabat keinsanan manusia. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengaruh golobalisasi menuntut kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di pentas antarabangsa sekaligus mempertahankan apa yang ada di peringkat setempat. 


Kegiatan politik yang cuba meruntuhkan Raja Berperlembagaan. Permainan politik oleh sesetengah golongan untuk mendapat kuasa pemerintahan telah sanggup mempersoalkan apa sahaja isu demi untuk mendapat pengaruh dan sokongan dalam berpolitik.Mereka sanggup mengacau sistem yang ada termasuk Institusi Raja,demi untuk membuat perubahaan,yang belum tentu akan menjamin keamanan,kestabilan dan keselamatan negara.Kumpulan ini mudah mendapat sokongan orang ramai kerana kurang memahami tentang sejarah dan warisan negara yang telah mewarnai Institusi Raja sebagai tonggak pemerintahan negara.Institusi Raja bukanlah suatu institusi yang baru ditubuhkan; ia telah berlangsung sejak kurun 1 masehi dirantau Alam Melayu ini.Ia menjadi sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu secara tetap walaupun kerajaankerajaan itu silih berganti membina tamadun didaerah ini.Jika dilihat dalam Malaysia ia telah berkembang dengan jelas sejak kurun 11 dan 15 tanpa putus-putus.Malah British dan Jepun sebagai kuasa luar yang menguasai negara ini juga tidak pernah membuang Institusi Raja sebagai ketua negeri,walaupun kuasanya diambil.Oleh itu cadangan untuk ahli-ahli politik mengganggu Institusi Raja dan menyebarkan sebagai tidak relevan kepada masyarakat adalah sesuatu yang tidak tepat dan tidak wajar dilakukan.Ini kerana bukan sahaja institusi itu telah dimasukkan dalam perlembagaan negara,tetapi ia juga merupakan warisan dan tradisi pentadbiran negara yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain didunia.Usaha untuk menguasai tampuk pemerintahan tidak wajar menarik sama Institusi Raja kedalam kancah politik.

Kesan dan akibat tindak-tanduk pemimpin yang mempersoalkan peranan Institusi Raja telah membangkitkan pelbagai persoalan yang akhirnya mengelirukan rakyat di negara ini. 
Persoalan yang sering dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu ialah:

Pihak tertentu (sesetengah pemimpin)  seharusnya sedar bahawa peranan Institusi Raja bukan sahaja melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya peranan Institusi Raja jauh lebih besar iaitu menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini. Justeru Institusi Raja tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.  Rakyat jangan disalurkan dengan maklumaat-makluamt yang salah hingga rakyat tidak tahu mana yang salah dan yang mana maklumat yang betul.

Bagaimana yang sepatutnya rakyat Malaysia memuliakan sultan atau raja? Adakah dengar akur segala perintah? Atau akur yang benar dan sanggah yang salah? Bagaiman dengan beberapa contoh di bawah yang telah menjadikan rakyat keliru dengan fungsi dan peranan raja.

                                                               i.            Telah termaktub di dalam perlembagaan, sultan dan raja tidak boleh disaman ini kerana memiliki kekebalan raja-raja. Namun Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir telah mencabut kekebalan raja-raja dan akibatnya, sultan dan raja-raja boleh disaman oleh sesiapa sahaja. Siapakah yang bersalah dalam hal sebegini?


                               ii.            YB Anuar Musa di Kelantan yang melantik sultan Kelantan yang baru. Perlukah cerita ini diperbesarkan                  

                              iii.            Cerita YB Dato Ghazali Jawi iaitu bekas Menteri Besar Perak yang juga bapa kepada Dato’ Tajol Rosli. Beliau juga engkar dengan perintah Sultan Idris dan enggan dari meletak jawatan sebagai Menteri Besar perak waktu itu?

                            iv.            Bagaimana pula dengan penyokong Idris Jusoh yang mengangkat sepanduk yang menghina sultan Terengganu dalam hal pelantikan menteri besar Trengganu yang baru?
                                      
                               v.            Sama juga dengan keadaan Dato’ Seri Nizar yang enggan meletakkan jawatan dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah?

                             vi.            Kemelut isu pelantikan menteri Besar Selangor? 
               
                            vii.             Cabaran-cabaran ini juga jelas dilihat dalam media-media baharu seperti blog, Facebook, Twitter serta laman web yang memburuk-burukkan, mempersenda dan mempersoalkan kewujudan Institusi Raja.

Seharusnya isu ini tidak perlu dipersoalkan sekiranya masyarakat lebih bertanggungjawab dengan merenung kembali sejarah pembentukkan negara. Cabaran ini mungkin wujud kerana pemimpin masyarakat masih kurang arif tentang peranan dan bidang kuasa seorang raja atau sultan di dalam sistem pemerintahan sebuah negara yang mengamalkan sistem berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Pemimpin generasi masa kini khususnya mereka yang lahir selepas merdeka mungkin tidak didedahkan secara mendalam mengenai sejarah dan asalusul pembentukkan negara dan peranan yang dimainkan oleh Raja-raja ketika dalam usaha mencapai kemerdekaan negara (Salehuddin, 2009).

Sinopsis



Sistem pemerintahan beraja dalam Tamadun Melayu di Malaysia telah menjangkaui tempoh 1400 tahun lamanya bermula dengan pengasasan institusi Kesultanan Melayu di Melaka dan pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan sistem Kesultanan Melayu Melaka merupakan asas utama kepada kewujudan Malaysia pada hari ini dan memiliki keunikan tersendiri berbanding dengan sistem beraja di kebanyakan negara-negara lain di seluruh dunia. Keutuhan sistem monarki di Malaysia berpaksikan konsep Raja Beperlembagaan merupakan keunikan yang hanya  boleh ditemui di negara ini berbanding di negara-negara lain. Keunikan sistem beraja di Malaysia ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri sistem berkenaan dan  pembaharuan konsep pemerintahan beraja dari berkuasa mutlak kepada berperlembagaan. Antara ciri-ciri unik dan dipraktikkan dalam sistem monarki di Malaysia sehingga hari ini ialah menerusi penggiliran jawatan Yang Di-Pertuan Agong, negeri diketuai oleh seorang Sultan dan Raja Melayu serta pelantikan wakil raja (gabenor) di negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Pembaharuan konsep sisten beraja di Malaysia pada tahun 1993 merupakan satu lagi aspek pengukuhan terhadap institusi terulung tersebut sebagai lambang kecemerlangan model pentadbiran Melayu di negara ini. Pengekalan dan pembaharuan konsep Raja Berperlembagaan ini merupakan satu penerapan nilai-nilai moden dalam sistem pentadbiran di Malaysia khususnya untuk memastikannya terus kekal sebagai salah satu aset penting kegemilangan Tamadun Melayu dan perpaduan kaum di Malaysia. Meskipun terdapat negara-negara lain yang lebih lama mempraktikkan sistem beraja sebagai asas pemerintahan, namun kegagalan mereka menerapkan nilai moden dalam konsep pemerintahan beraja menjadi  punca keruntuhan tamadun masyarakat di negara berkenaan. Perbincangan ini mengetengahkan beberapa faktor yang menyokong keutuhan konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia manifestasi kecemerlangan Tamadun Melayu sehingga hari ini dalam menghadapi cabaran dan rintangan era moden dan setrusnya untuk pepadeuan kaum di Malaysia.